Kenapa orang Islam hanya mampu baling BATU, KASUT?

Wednesday, April 22, 2009


Salam Perjuangan..

Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, sebagai ‘orang paling berkuasa di dunia’, di aibkan apabila dilempar dengan kasut oleh wartawan Iraq, Mantazer Al-Zaidi. Di dunia Arab ‘hadiah kasut’ itu disifatkan sebagai sesuatu yang paling bermakna sempena persaraan Bush Lantas Muntazer dengan segera dianggap sebagai wira baru dunia Arab.

Sekalipun hanya melempar kasut, beliau menunjukkan sifat penentangan paling hebat kepada pemimpin zalim yang telah memusnahkan tanah airnya. Hampir sejuta rakyat Iraq mati manakala ratusan ribu lagi mengalami kecederaan akibat pencerobohan askar Amerika ke atas Iraq sejak Mac 2003.

Dunia Islam memang memerlukan orang bersemangat tinggi seperti Muntazer yang sanggup menanggung risiko bagi menyatakan kebenciannya kepada pemimpin zalim seperti Bush, tetapi apakah pengorbanan beliau mahu dibiarkan begitu sahaja sedangkan di seluruh dunia, umat Islam terus dihina sedemikian rupa?

Berhubung serangan ganas rejim Zionis, Bush yang dibaling kasut oleh Muntazer, menyifatkan pejuang Hamas yang diserang itu sebagai samseng dan Israel hanya mempertahankan penduduknya.

Hakikatnya yang terbunuh dalam serangan ganas Israel adalah orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita.

Mengapa umat Islam dihina begitu sedahsyat sekali dengan hampir tiada negara dan umat Islam berani mempertahankan saudara seagamanya? Apakah umat Islam terutama pejuangnya hanya layak membaling kasut seperti dilakukan oleh Mutazer Al-Zaidi? Ataupun mereka bagaikan pemuda-pemuda Palestin yang kerap dilihat membaling batu ke arah kereta kebal Israel?

Mutiara Kata...

Tuesday, April 21, 2009


Mutiara Kata...
Selemah-lemah manusia ialah orang yang lemah menyimpan rahsia, sekuat-kuat manusia ialah orang yang kuat menahan nafsunya.

New Honda City & BMW 3 Series

Saturday, April 18, 2009



Keta Idaman...Insya'Allah Satu Hari Nanti..

Sekadar Renungan..


Assalamualaikum...
Sedarkah kita bahawa Rasulullah adalah makhluk di dunia yang paling kuat ingatan. Baginda menerima wahyu melalui Jibril hanya sekali, tanpa berulang. Baginda terus mengingatinya hingga ke akhir hayat.

Baginda bukan sahaja ingat semua wahyu tetapi ingat semua susunan ayat, yang mana dahulu dan yang mana kemudian. Baginda dapat mengingati semua peristiwa di dunia yang diberitahu oleh Allah.

Ingatkah kita bahawa satu dari kegemaran-kegemaran baginda ialah bauan yang harum. Antara haruman di dunia ini ialah bungaan. Antara bungaan harum yang baik ialah bunga Narjis Putih (White Jonguil). Antara kebaikannya ialah mencerdaskan akal dan menguatkan ingatan.

Arrrggh Final dh dekat...

Wednesday, April 15, 2009


Final dh dekat sangat2..
stress serabut semua ada..tp cmne pun nk kene study rajin2 jgk.....
tak sabar rasenye nak balik rumah, lame sungguh la tak balik kampung...cam study kt oversea lak di buatnye..

Insan Yg Ku sayang sepanjang hayatku...


Rindu teramat sangat pd
Arwah Mak & Ayah..
Hanya Tuhan yg Maha Mengetahui batapa rindunya perasaan seorng anak yg kehilangan kedua org tersyg.." mak & ayahnya"...
Tp 2 takdir kehidupan...
Harap aku terus tabah & kuat....



Hidup yg Dijanjikan..

Rumah First..