Senator, Profesor OKU Terhebat Meninggal

Thursday, August 27, 2009


Salam Perjuangan...
Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini. Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi. Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS). Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech. Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Air Mata Dalam Sujud

Tuesday, August 25, 2009


Salam Perjuangan...

Ketika saya dalam sujud solat tarawih malam ini, entah mengapa air mata mengalir begitu saja. Saya teringat wajah seorang ayah & Ibu. Sudah beberapa tahun saya merindui wajah tenang mereka. Dan pada tahun ini sudah beberapa kali saya menyambut Ramadhan & Aidilfitri tanpa kedua-duanya.

Hidup ini terkadang memang getir. Tidak saja kebahagiaan menghampiri, kedukaan dilewati begitu saja. Memaksakan diri untuk tidak merasakan apapun. Semakin ditekan sebuah perasaan, terasa semakin perit menyesak di dalam dada.

Malam ini dalam sujud solat tarawih entah kenapa wajah mereka muncul dengan senyuman yang khas dengan penuh nostalgia. Seolah mengabarkan bahwa mereka telah berada di tempat yg aman, & cukup istimewa. Saya membacakan surat al-fatehah untuk kedua ibu bapa saya. Sementara itu air mata itu terus mengalir begitu saja membasahi pipi.

Wassalam

Daripada Sesuatu.. buat Sesuatu..Then Hargainya...

Thursday, August 20, 2009

Salam Perjuangan...

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. ..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...

Aku & Emak

Monday, August 17, 2009


Salam Perjuangan...

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….Mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon Mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja…
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya.

Tapi kalau Mak sudah tiada……….
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….