Hebat "Prebet" Jual Enjin

Tuesday, January 05, 2010

Salam Perjuangan...

Malaysia antara negara paling pelik di dunia apabila 'Prebet' atau askar berpangkat rendah boleh meloloskan enjin jet di jual ke luar negeri.Biasanya kita tahu anggota berpangkat rendah ini tidak boleh 'speaking' dengan baik bagaimana mereka boleh berurusan untuk menjual enjin tersebut.Biasanya 'prebet' ini tiada akses untuk masuk tempat-tempat sulit dan terlarang.Tapi lain pula di Malaysia ini. 'Prebet' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya pula berjaya mencuri enjin dan memperdayakan boss-boss mereka. Hairan.

Tapi itulah kenyataan pelik yang dilaporkan media hari ini di mana Peguam Negara, Abdul Gani Patail mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.

Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.

Di sini kita dapat fikir & renungkan..sebagai contoh, budak tadika hanya pandai curi tanah liat, budak sekolah menengah pandai panjat pagar ponteng sekolah, tp guru besar yg tak b’tanggungjawab pandai songlap duit yuran sekolah. Kehilangan enjin jet bukan hilangnya karburator motor. Bila enjin jet yg cukup besar hilang bersama rekodnya, adalah sesuatu yg ganjil dan cukup pelik. Seorang askar “Prebet” dikatakan ‘songlap’ enjin jet bersama rekodnya, dan kes ini berlaku pada tahun 2007 tapi hanya hujung tahun 2009 baru isu ini timbul dan dalam keadaan ini cukup meragukan. Dalam keadaan ini Siapa yang bodoh & sedang diperbodohkn????

0 comments:

Post a Comment