Sesuatu Antara Waktu : Sekolah Kehidupan

Saturday, February 22, 2014

Sesuatu Antara Waktu : Sekolah Kehidupan Sesuatu yang perlu diakui, setiap orang akan melalui sekolah kehidupan yang berbeza. Dan kehidupan yang dialami sedikit sebanyak mencorak dan membantu kehidupan yang kita lalui. Apabila teringatkan sekolah kehidupan, minda lantas teringatkan UiTM Jengka. UiTM Jengka bukan sahaja sebuah Universiti gedung ilmu, tp lebih dari segala-galanya. Ianya lebih diingati kerana lebih kepada permulaan kehidupan alam dewasa yang bermula disitu. “Experience, something you cannot learn from others, but only by yourself” Setiap dari kita melalui ranjau kehidupan yang berbeza, sama ada mudah perjalanannya ataupun perlu bersusah payah untuk berada pada keadaan sekarang. Setiap dari kite telah pun ditetapkan rezekinya, baik dari segi jodoh, rezeki dalam kehidupan seharian, rezeki mendapat kerja, lulus dalam peperiksaan dan lain-lain perkara lagi. Namun perbezaan perjalanan kehidupan sedikit sebanyak telah mencorakkan sifat dan cara berfikir individu itu sendiri. Kadangkala kita mudah terlupa akan suatu perkara, iaitu dugaan Allah adalah sesuatu yang pasti, dan dugaan itu didatangkan dengan pengalaman yang sangat berguna. Malah Nabi yang disayangi Allah turut tidak lepas dari ujian dalam menyampaikan dakwahnya, dan sesuatu yang pasti dugaan Allah didatangkan dalam pelbagai bentuk kepada hambanya. Apabila kita diuji dengan kesusahan yang teramat sangat, sehinggakan membuatkan hilang pertimbangan berfikir dengan waras, kadangkalan kita lupa akan nikmat dan rezeki yang pernah dikurniakan sebelumnya. Kte mudah lupa dan alpa dengan nikmat kesenangan dan rezeki pada ketika itu, namun apabila diberi dugaan sedikit kita terus mengeluh. Dalam pada itu, tidak dinafikan dianugerahkan kesenangan juga merupakan dugaan yang membuatkan kita seringkali terlupa akan tanggungjwab….kita lupa nikmat itu didatangkan supaya kita tidak lupa pada saat kita pernah susah dahulu. Teringat zaman masih belajar di Universiti setelah kehilangan Ibu & Ayah, ia merupakan dugaan yang terbesar dalam hidup. Yup, hidup mesti diteruskan, langkah perlu terus dihayun ke hadapan, dan apabila jatuh harus cepat-cepat bangun dan melangkah kembali. Pada ketika itu juga, tiada lagi pilihan yang ada untuk memilih….tidak dinafikan kehidupan tanpa ibu dan ayah adalah saat yang paling sukar dalam kehidupan, namun apabila direnung kembali kepada nasib orang disekeliling…hati akan terus berkata “jika aku merasakan aku tidak bernasib baik, di luar sana ada ramai lagi yang teruk nasibnya”…..dan sesuatu yang pasti dugaan itu kadangkala didatangkan dengan pakej yang terlalu perit untuk ditelan dan diterima, namun perlu dimengerti semua insan yang bergelar manusia akan melalui proses itu, namun kadangkala proses itu berlaku tanpa disangka sangka kerana Dia Maha mengetahui segala-galanya yang terbaik untuk setiap Hamba-Nya. Pengalaman hidup yang berbeza akan mencorak individu yang berbeza. Yang dilahirkan dari keluarga yang kaya-raya, akan terus menerus dengan kehidupan kekayaannya dengan penuh kemewahan walaupun mungkin tidak semuanya sebegitu. Mereka jarang merasa kehidupan yang susah dan tersepit tanpa duit belanja, duit untuk makan, duit lampin anak, duit belanja anak sekolah, belanja dapur…pernah terfikir ianya hanya berlaku dalam lakonan di TV, dimana keluarga kaya mesti selalu digambarkan bermewah-mewah dengan kekayaan yang dimiliki..Tp jika diteliti, perkara sebegitu sememangnya berlaku…seolah-olah kehidupan ini telahpun disetkan “yang kaya akan terus kaya, yang sekadar cukup makan rezekinya akan terus sama hingga ke akhir hayat”. Yang dilahirkan dari keluarga pertengahan dan miskin akan terus menerus untuk cuba memperbaiki kehidupan dan ekonomi keluarga dengan mencari ilmu dan juga mengembangkan perniagaan. Dalam hal ini, apa yang perlu ialah keazaman memperbaiki diri walau siapa pun kita. Yang kaya raya tidak mustahil akan jatuh miskin dengan sikap boros dan tidak bertanggungjawabnya, dan yang miskin tak mustahil akan jadi kaya raya jika kena dengan usaha jujurnya dan caranya. Note : Setelah beberapa tahun tak menulis disini, today is the first posting for year 2014.. ..hehe..hopefully berkekalan dalam menghapdate… Tetiba hati teringin sekadar berkongsi apa yang dirasakan patut dan boleh dijadikan peringatan utk diri sendiri. …. Saiful Hamid. 

Sunday, September 11, 2011



Terdapat empat perkara yang memberikan kebahagian kepada manusia berdasarkan hadis sahih riwayat Ibnu Hibban-:
1. Isteri yang solehah
2. Rumah yang selesa
3. Kenderaan yang baik
4. Jiran tetangga yang baik.
Salah satu kebahagian manusia ialah Isteri yang solehah. Betapa beruntungnya wanita kerana telah dilahirkan sebagai wanita dan menjadi salah satu punca kebahagian manusia.

Wednesday, March 02, 2011

Salam Perjuangan......


Someday someone might come into your life and love you the way you've always wanted.
If your someday was yesterday, learn.
If your someday is tomrrow, hope.
If your someday is today, cherish...

KITA ADA PILIHAN YANG TERBAIK….KERANA KITA SENTIASA DIBERI YANG TERBAIK..

Sunday, February 20, 2011

Salam Perjuangan...

Sebahagian daripada kita pastinya tak telepas dari berdepan dengan sebuah kenyataan & hakikat kehidupan. Memang sukar untuk di nyatakan, bagaimana yg di sebut sebagai ‘Menerima kenyataan’, kerana bukan setiap daripada kita mampu serta boleh menerima sesuatu.


Baik & buruk apalah bezanya kalau kita tak mampu nak menghargai kebaikan & tak pernah menjadikan yang buruk itu sebagai sempadan… Sama ada Kehidupan mengawal keadaan @ keadaan yg mengawal kehidupan.?

Berbicara soal pilihan hidup, dalam apa jua keadaan, dalam apa jua situasi, ia seringkali dalam keadaan tertekan, dalam keadaan dilemma. Segelintir dari kita menganggap dia tak punya pilihan. Kita sebenarnya sentiasa mempunyai pilihan, malah pilihan yang diberikan sentiasa merupakan yang terbaik untuk kita. Hanya kita yang selalunya tak pernah ingin memilih yang terbaik.

Kehidupan ni, boleh la di ibaratkan laut yg terbentang. Kadang-kadang ada gelombang, ada angin kencang, yang pasti akan mengubah haluan. Begitu juga dengan realiti dan hakikat kehidupan sebenar, setiap detik & ketika ada saja dugaan yang datang. Susah senang antara warna warni kehidupan. Namun nasib setiap daripada kita tak sama. Dugaan & rintangan juga seringkali berbeza-beza. Apapun, kita harus meneria hakikat itu.

Hampir setiap daripada kita pernah mengalami masa-masa sukar. Kehidupan ini ibarat roda yang sentiasa berputar, ada waktunya kita di atas, dan ada waktu yang lain kita berada di bawah. Kita ni makhluk yang serba kekurangan,yang selalu mengaharapkan pertolongan Allah yg Maha Kuasa. Namun, kadang-kadang, Dia memberi pertolongan dalam bentuk yang tidak kita inginkan, bahkan sebaliknya. Tapi yakinlah, bahawa ia adalah awal dari sesuatu yang baik. Tiada yang tak baik daripada-Nya untuk kita. Hanya kita yang sering terlupa. Wassalam..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya”…..

Antara Ilmu & Harta

Thursday, October 28, 2010

Salam Perjuangan ...


'Anda akan berasa betapa menyesal tidak mempunyai wang tetapi anda akan lebih menyesal jika tidak mempunyai ilmu'

Beautiful Life

Tuesday, October 26, 2010

Lelaki sebagai Khalifah

Saturday, February 20, 2010



Salam Perjuangan....
Banyak bezanya tanggungjawab lelaki dan perempuan di dunia ini,dibawah diterangkan serba
sedikit tentang apakah tanggungjawab lelaki sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini.......


Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu
taat kepada suaminya . Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak
lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.