Kenapa orang Islam hanya mampu baling BATU, KASUT?

Wednesday, April 22, 2009


Salam Perjuangan..

Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, sebagai ‘orang paling berkuasa di dunia’, di aibkan apabila dilempar dengan kasut oleh wartawan Iraq, Mantazer Al-Zaidi. Di dunia Arab ‘hadiah kasut’ itu disifatkan sebagai sesuatu yang paling bermakna sempena persaraan Bush Lantas Muntazer dengan segera dianggap sebagai wira baru dunia Arab.

Sekalipun hanya melempar kasut, beliau menunjukkan sifat penentangan paling hebat kepada pemimpin zalim yang telah memusnahkan tanah airnya. Hampir sejuta rakyat Iraq mati manakala ratusan ribu lagi mengalami kecederaan akibat pencerobohan askar Amerika ke atas Iraq sejak Mac 2003.

Dunia Islam memang memerlukan orang bersemangat tinggi seperti Muntazer yang sanggup menanggung risiko bagi menyatakan kebenciannya kepada pemimpin zalim seperti Bush, tetapi apakah pengorbanan beliau mahu dibiarkan begitu sahaja sedangkan di seluruh dunia, umat Islam terus dihina sedemikian rupa?

Berhubung serangan ganas rejim Zionis, Bush yang dibaling kasut oleh Muntazer, menyifatkan pejuang Hamas yang diserang itu sebagai samseng dan Israel hanya mempertahankan penduduknya.

Hakikatnya yang terbunuh dalam serangan ganas Israel adalah orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita.

Mengapa umat Islam dihina begitu sedahsyat sekali dengan hampir tiada negara dan umat Islam berani mempertahankan saudara seagamanya? Apakah umat Islam terutama pejuangnya hanya layak membaling kasut seperti dilakukan oleh Mutazer Al-Zaidi? Ataupun mereka bagaikan pemuda-pemuda Palestin yang kerap dilihat membaling batu ke arah kereta kebal Israel?

0 comments:

Post a Comment