Sesuatu Antara Waktu : Sekolah Kehidupan

Saturday, February 22, 2014

Sesuatu Antara Waktu : Sekolah Kehidupan Sesuatu yang perlu diakui, setiap orang akan melalui sekolah kehidupan yang berbeza. Dan kehidupan yang dialami sedikit sebanyak mencorak dan membantu kehidupan yang kita lalui. Apabila teringatkan sekolah kehidupan, minda lantas teringatkan UiTM Jengka. UiTM Jengka bukan sahaja sebuah Universiti gedung ilmu, tp lebih dari segala-galanya. Ianya lebih diingati kerana lebih kepada permulaan kehidupan alam dewasa yang bermula disitu. “Experience, something you cannot learn from others, but only by yourself” Setiap dari kita melalui ranjau kehidupan yang berbeza, sama ada mudah perjalanannya ataupun perlu bersusah payah untuk berada pada keadaan sekarang. Setiap dari kite telah pun ditetapkan rezekinya, baik dari segi jodoh, rezeki dalam kehidupan seharian, rezeki mendapat kerja, lulus dalam peperiksaan dan lain-lain perkara lagi. Namun perbezaan perjalanan kehidupan sedikit sebanyak telah mencorakkan sifat dan cara berfikir individu itu sendiri. Kadangkala kita mudah terlupa akan suatu perkara, iaitu dugaan Allah adalah sesuatu yang pasti, dan dugaan itu didatangkan dengan pengalaman yang sangat berguna. Malah Nabi yang disayangi Allah turut tidak lepas dari ujian dalam menyampaikan dakwahnya, dan sesuatu yang pasti dugaan Allah didatangkan dalam pelbagai bentuk kepada hambanya. Apabila kita diuji dengan kesusahan yang teramat sangat, sehinggakan membuatkan hilang pertimbangan berfikir dengan waras, kadangkalan kita lupa akan nikmat dan rezeki yang pernah dikurniakan sebelumnya. Kte mudah lupa dan alpa dengan nikmat kesenangan dan rezeki pada ketika itu, namun apabila diberi dugaan sedikit kita terus mengeluh. Dalam pada itu, tidak dinafikan dianugerahkan kesenangan juga merupakan dugaan yang membuatkan kita seringkali terlupa akan tanggungjwab….kita lupa nikmat itu didatangkan supaya kita tidak lupa pada saat kita pernah susah dahulu. Teringat zaman masih belajar di Universiti setelah kehilangan Ibu & Ayah, ia merupakan dugaan yang terbesar dalam hidup. Yup, hidup mesti diteruskan, langkah perlu terus dihayun ke hadapan, dan apabila jatuh harus cepat-cepat bangun dan melangkah kembali. Pada ketika itu juga, tiada lagi pilihan yang ada untuk memilih….tidak dinafikan kehidupan tanpa ibu dan ayah adalah saat yang paling sukar dalam kehidupan, namun apabila direnung kembali kepada nasib orang disekeliling…hati akan terus berkata “jika aku merasakan aku tidak bernasib baik, di luar sana ada ramai lagi yang teruk nasibnya”…..dan sesuatu yang pasti dugaan itu kadangkala didatangkan dengan pakej yang terlalu perit untuk ditelan dan diterima, namun perlu dimengerti semua insan yang bergelar manusia akan melalui proses itu, namun kadangkala proses itu berlaku tanpa disangka sangka kerana Dia Maha mengetahui segala-galanya yang terbaik untuk setiap Hamba-Nya. Pengalaman hidup yang berbeza akan mencorak individu yang berbeza. Yang dilahirkan dari keluarga yang kaya-raya, akan terus menerus dengan kehidupan kekayaannya dengan penuh kemewahan walaupun mungkin tidak semuanya sebegitu. Mereka jarang merasa kehidupan yang susah dan tersepit tanpa duit belanja, duit untuk makan, duit lampin anak, duit belanja anak sekolah, belanja dapur…pernah terfikir ianya hanya berlaku dalam lakonan di TV, dimana keluarga kaya mesti selalu digambarkan bermewah-mewah dengan kekayaan yang dimiliki..Tp jika diteliti, perkara sebegitu sememangnya berlaku…seolah-olah kehidupan ini telahpun disetkan “yang kaya akan terus kaya, yang sekadar cukup makan rezekinya akan terus sama hingga ke akhir hayat”. Yang dilahirkan dari keluarga pertengahan dan miskin akan terus menerus untuk cuba memperbaiki kehidupan dan ekonomi keluarga dengan mencari ilmu dan juga mengembangkan perniagaan. Dalam hal ini, apa yang perlu ialah keazaman memperbaiki diri walau siapa pun kita. Yang kaya raya tidak mustahil akan jatuh miskin dengan sikap boros dan tidak bertanggungjawabnya, dan yang miskin tak mustahil akan jadi kaya raya jika kena dengan usaha jujurnya dan caranya. Note : Setelah beberapa tahun tak menulis disini, today is the first posting for year 2014.. ..hehe..hopefully berkekalan dalam menghapdate… Tetiba hati teringin sekadar berkongsi apa yang dirasakan patut dan boleh dijadikan peringatan utk diri sendiri. …. Saiful Hamid. 

0 comments:

Post a Comment